Ahad, 21 Mac 2021

SABUN GELENGGANG MADU KELULUT

Sabun ini dibuat bagi yang mengalami masalah kulit Sensitive seperti kegatalan, keradangan, kurap, panau dan ekzema

Ia terhasil dari ekstrak tumbuhan semulajadi yg paling mujarab seperti daun gelenggang. Daun ini merupakan tumbuhan ubatan untuk penyakit kulit seperti kurap dan panau yang paling mujarab. Herba utama dalam tumbuhan ini terletak pada daun nya, walaupun akar dan bunganya juga digunakan dalam persiapan nilai Perubatan tertentu. Ekstrak dari tumbuhan Akapulko biasanya digunakan sebagai ramuan untuk losyen, sabun dan syampu.

Digunakan secara tradisional untuk masalah kulit:

-  Memberi kelegaan pada kegatalan kulit dan  pelbagai penyakit berkaitan jangkitan parasit
-  Untuk gigitan serangga.
-  Sebagai agen anti bakteria.
-  Memberi khasiat kepada kulit.
-  Jangkitan Tinea (Jangkitan kulit atau kuku yang disebabkan dari kulat dan muncul sebagai gatal bertompok bulat)
-  Ekzema
-  Gatal-gatal

Ramuan kedua dalam sabun ini adalah ekstrak daun Neem atau daun semambu.  Daun ini juga banyak khasiatnya. Daun semambu ini adalah herba popular yang telah menjadi sebahagian daripada rawatan tradisional sejak 5000 tahun dahulu. Ia dikatakan mengandungi lebih 130 sebatian aktif secara biologi yang menjadikannya sumber anti-kulat dan anti- bakteria yang baik. 

Daun semambu adalah antioksida kuat yang dapat meneutralkan radikal bebas yang mungkin boleh menyebabkan sebilangan masalah kesihatan. Malah ia juga merupakan agen anti-keradangan yang bersifat baik untuk kulit.


Malah, ia juga sangat bermanfaat bagi keadaan seperti:

  • Melawan jangkitan kulat. Sifat anti-kulat dan anti-bakterianya melindungi badan daripada kulat dan bakteria berbahaya. Daun semambu menyerap virus tersebut dan memulakan proses penyembuhan badan. Malah, ia juga boleh merawat masalah jangkitan berkaitan dengan kulit.
Campuran minyak bagi menghasilkan produk ini terkandung seperti Hemp seed oil, Rosehip oil, peppermint dan tea tree oil. 

Dengan penggunaan berterusan sabun ini mampu membantu merawat kulit yang bermasalah seperti ekzema, keradangan, gatal, kurap, kudis, panau dan dapat membantu merawat jerawat sambil membersihkan kesan parut di wajah


Keluaran

Persona Kapar Enterprise

Koperasi Persona Solidariti Berhad - KoPerS

Hubungi kami di talian 018-2226576




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hydrating Toner (Calendula)

  Fungsi Dan Kebaikan Calendula Faedah penjagaan kulit: 1. Keradangan mendatangkan malapetaka pada kulit: Ia memecahkan kolagen, menyebabkan...